Malam Kesenian Tekun 2013/2014

 

Malam Kesenian Tekun telah diadakan pada 18 April 2014 di Dewa Budaya, USM. Sebanyak 5 buah band dan seramai 6 peserta solo mendaftarkan diri untuk bertanding pada hari kejadian. Majlis bermula pada jam 8.00 malam.

Majlis dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor, Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar (BHEPP) Universiti Sains Malaysia, Prof. Dato’ Dr Adnan bin Hussein. Majlis juga diselang-seli dengan persembahan band dan solo. Aktiviti cabutan bertuah juga turut dilakukan bagi menghiburkan para penonton yang hadir pada malam tersebut.

Sebelum persembahan daripada setiap peserta yang bertanding, majlis dimulakan dengan persembahan daripada artis USM dan diakhiri dengan persembahan tarian daripada kumpulan Adikarma USM.

Klimaks majlis bermula apabila pengacara majlis mengumumkan 3 buah band dan 3 orang peserta yang terbaik dijemput naik ke atas pentas. Bagi kategori band, Minden Backroad, This Band Kill dan Roughmixed Band masing-masing memenangi tempat pertama, kedua dan ketiga manakala bagi kategori solo pula, Muna Shahirah binti Munadi, Yasmin binti Mohd Nizam dan Mohamed Aiman bin Mohamed Azami masing-masing memenangi tempat pertama, kedua dan ketiga. Kategori vokal terbaik solo pula dimenangi oleh Muna Shahirah binti Munadi manakala kategori vokal terbaik band pula dimenangi oleh This Band Kills. Majlis bersurai kira-kira pada jam 11.15 malam dengan sesi bergambar.

Piala Penggawa Sidang 2013/2014

pialapenggawa13

Seramai 34 kumpulan didaftarkan untuk pertandingan piala penggawa, 6 kumpulan yang diwakili oleh peserta perempuan dan 18 kumpulan diwakili oleh peserta lelaki. Majlis ini dirasmikan oleh Felo Desasiswa Tekun sidang akademik 2013/ 2014, Encik Mohd Jaya bin Mohd Johan dengan gimik menendang bola oleh beliau.

Continue Reading

Pra Tilawah, Pra DPNC dan Pra Padu Sidang 2013/2014

 

pratilawah1 

pratilawah2

Pra Tilawah

Pra-Tilawah Desasiswa Tekun telah diadakan pada 1 Disember 2013. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat pelajar bagi penghuni Desasiswa Tekun. Program ini telah berlangsung di bilik mesyuarat Desasiswa Tekun dan bermula pada jam 9.00 malam dan berakhir pada jam 11.00 malam.

Continue Reading

SUKAD Fasa 1 & Fasa 2 2013/2014

 sukadfasa1

Sukan Antara Desasiswa (SUKAD) Fasa 1 dan 2 telah berjalan dengan lancar yang telah diadakan di Kampus Kejuruteraan. Setakat ini pasukan Tekun telah berjaya memungut pingat sebanyak 2 emas, 2 perak dan 2 gangsa. 1 emas, 1 perak dan 1 gangsa dipungut dalam acara SUKAD Fasa 1 dan Fasa 2.

Continue Reading

SUKAD Fasa 3 & Fasa 4 2013/2014

Sukan Antara Desasiswa Fasa 3 diadakan di Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan.  Sebanyak 4 sukan yang dipertandingkan dalam fasa ini. Antaranya ialah bola jaring (kategori wanita), ping pong (kategori lelaki dan wanita), tenpin boling (kategori lelaki dan wanita) serta futsal (kategori lelaki).

Pasukan Tekun berjaya meraih pingat emas dalam acara ping pong (kategori wanita) manakala ping pong (kategori lelaki) tewas di peringkat suku akhir bertemu pasukan Restu. Bola jaring, futsal (kategori lelaki) dan ping pong (kategori lelaki) pula hanya layak ke peringkat suku akhir.

Sukan Antara Desasiswa Fasa 4 diadakan di Kampus Induk Universiti Sains Malaysia. SUKAD fasa yang terakhir ini telah sampai ke penghujungnya pada 30 Mac 2014. Pasukan Tekun berjaya meraih 5 pingat emas dalam acara bola sepak (kategori lelaki), senamrobik (kategori lelaki), bola baling (kategori lelaki), petanque (kategori lelaki) dan tenpin boling (kategori lelaki). Jumlah keseluruhan pingat yang dikutip adalah sebanyak 8 emas, 2 perak dan 4 gangsa. Berikut merupakan senarai jadual kutipan pingat yang diperoleh.

EMAS

-          SEPAK TAKRAW (L) – FASA 1

-          BOLA TAMPAR (L) – FASA 2

-          PING PONG (W) – FASA 3

-          TENPIN BOLING (L) – FASA 4

-          SENAMROBIK (L) – FASA 4

-          BOLA BALING (L) – FASA 4

-          PETANQUE (L) – FASA 4

-          BOLA SEPAK (L) – FASA 4

PERAK

-          TENIS (P) – FASA 1

-          BADMINTON (L) – FASA 2

GANGSA

-          TENIS (L) – FASA 1

-          SENAMROBIK (P) – FASA 4

-          MEMANAH (P) – FASA 4

sukadfasa13