Bengkel Exco Sidang 2012/2013

        

bengkelexco12

13 Oktober 2012 hingga 14 Oktober 2012, Desasiswa Tekun telah mengadakan satu bengkel untuk para exco yang baru dilantik. Bengkel exco adalah salah satu program yang dikendalikan oleh Majlis Penghuni Desasiswa Tekun Sidang 2012/2013. Bengkel ini diadakan pada setiap sidang setelah ahli majlis exco Desasiwa Tekun yang baru dilantik. Ia bertujuan, antara lain memantapkan kepimpinan dalam kalangan exco Majlis Penghuni Desasiswa Tekun. Selain itu, kem ini juga bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturahim antara ahli-ahli Majlis Penghuni Desasiswa Tekun SIdang 2012/2013.

Continue Reading

Bengkel Pembantu Exco Sidang 2012/2013

 bengkelpembantuexco12

Setiap ketua pasti ada pembantunya. Begitulah lumrah realiti dunia sekarang. Namun demikian, di Desasiswa Tekun, telah wujud satu sistem pimpinan yang yang cukup mantap dalam kalangan penghuninya. Majlis Penghuni Desasiswa Tekun ini dipimpin oleh Majlis Tertinggi, kemudiannya exco dan pembantu exco. Perspektif dahulu yang mengaitkan tugas pembantu exco sebagai satu kelompok bawahan yang membantu para exco Majlis Penghuni Desasiswa Tekun menjalankan sesuatu projek telah diubah sama sekali. Malahan semuanya berada di tahap yang sama, tiada beza cuma dipangkal namanya sahaja.

Continue Reading

Jil Al-Quran : Kelab Tilawah Al-Quran 2012/2013

Belajarlah ilmu Al- Quran, Apa gunanya hidup ini jika khatam Al- Quran sekali sahaja.

Daripada Ibnu Mas'ud r.a. ia berkata : Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada Al Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud : Alif , Lam , Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.

Marilah bersama meningkatkan ilmu Al- Quran kita.

 

 jilquran1

jilquran2

Kafe Siber Tekun

 kafesiber1

Adakah anda ada kuliah esok dan belum mempunyai nota dan mencetaknya lagi?

Adakah anda ada masalah berkaitan tentang komputer?

Anda tidak mempunyai komputer atau komputer riba untuk mecari maklumat di internet?

Persoalan ini akan terjawab sekiranya anda datang dan singgah ke Kafe Siber Tekun. Masalah anda pasti kami selesaikan.

"Masalah anda masalah kami"

"Ketekunan Asas Keunggulan"

 kafesiber2

Kelab Pantun 2012/2013

"Tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas" itulah kata pepatah orang tua-tua. Kenyataannya hingga sekarang pantun antara puisi melayu yang masih mendapat tempat dihati masyarakat Melayu.Tapi kini, pantun hanya jadi satu pertandingan tidak lagi sebagai satu pemanis atau pembuka bicara. Oleh itu, marilah sama-sama meningkatkan martabat pantun melayu dengan menyertai Kelab Pantun ini. Semoga tradisi pantun ini berkekalan. 

 kelabpantun1