Reunion Keluarga MPDT Sidang 2012/2013

 reunionkeluarga12

Pujangga pernah berkata, persaudaraan yang tidak jujur umpama meniti buih di lautan. Hamparan buih nan memutih, hanya indah di luaran namun melewatinya bererti menuju ke jurang kehancuran . Mencari saudara sejati bukanlah mudah, ramai yang bersama berkongsi suka, namun kurang juga yang ingin menemani kita meniti duka.

Continue Reading

Sekitar Perjumpaan Pertama MPD Tekun Sidang 2012/2013

 perjumpaanpertama1

Pada 26 dan 27 September 2012. Pihak Desasiswa Tekun telah menjalankan satu sesi temuduga untuk pemilihan calon Majlis Penghuni Desasiwa Tekun (MPDT) sidang 2012/2013. Setiap penghuni desasiswa tekun berpeluang untuk menghadiri temuduga tersebut untuk mengejar dan berpeluang menjadi salah seorang figura penting desasiswa tekun. Ramai yang menghadiri temuduga tersebut yang dikendalikan dan diketuai oleh Mohamad Shafiq Bin Kamarudin iaitu penghulu desasiswa tekun sidang ini.

Continue Reading

Sukad 1 & Sukad 2 Sidang 2013/2013

 

Sukan antara desasiswa atau lebih dikenali sebagai SUKAD adalah suatu kejohanan sukan yang melibatkan kesemua desasiswa seluruh USM termasuk kampus kesihatan, kampus kejuruteraan, dan kampus induk. Sukad yang menjadi salah satu acara rasmi dalam kalender USM, mempertandingkan lebih daripada 20 acara sukan yang di wakili oleh kesemua desasiswa USM.

SUKAD 1

Pada 1 hingga 3 Mac 2013 yang lalu. Sukad Fasa 1 telah dijalankan dengan jayanya di kampus induk USM. Sukad fasa 1 mempertandingkan acara badminton(L & W), bola sepak (L), Tenpin bowling (L & W),boling padang (L & W) dan bola keranjang (L). Desasiswa Tekun telah menghantar atlet-atlet yang hebat untuk bertanding dalam kesemua acara diatas. Mereka telah bertanding atas semangat kesukanan dan para atlet begitu bersemangat untuk menaikkan nama Desasiswa Tekun. Mereka telah berhempas pulas untuk memenangi acara yang dipertandingkan dan hasilnya untuk acara Tenpin bowling yang berlangsung di Sunshine Shopping Complex, pasukan Tenpin bowling (L) telah berjaya merangkul pingat emas! Pasukan ini telah membuktikan bahawa Desasiswa Tekun bukan calang-calang pasukan yang boleh dicabar dalam arena sukan. Berikut ialah keputusan-keputusan atlet Tekun dalam acara yang dipertandingkan sepanjang 3 hari kejohanan berlansung:

* Bola sepak - Suku akhir

* Boling padang wanita- Separuh akhir

* Boling padang lelaki - Separuh akhir

* Tenpin bowling lelaki- JOHAN

* Tenpin bowling wanita- Peringkat kumpulan

* Bola keranjang lelaki – Peringkat kumpulan

* Badminton lelaki - Suku akhir

* Badminton wanita – Peringkat kumpulan

Atlet-atlet kita telah membuktikan bahawa mereka adalah antara yang terbaik. Mereka telah mencurahkan segala keringat dalam acara yang diwakili. Seluruh penghuni Desasiswa Tekun amat berbangga dengan perjuangan mereka. Semoga atlet-atlet Tekun akan terus maju dan In Shaa Allah pada SUKAD sidang hadapan, mereka mampu membawa pulang gelaran johan. Berikut ialah sedikit gambaran atlet-atlet Tekun yang bertanding :

 

SUKAD 2

Pada 8 hingga 10 Mac 2013 yang lalu, SUKAD fasa 2 telah dilangsungkan di kampus Kesihatan, Kubang Kerian, Kelantan. Acara-acara yang dipertandingkan di SUKAD fasa 2 ialah seperti berikut :

* Futsal (W)

* Bola baling (L)

* Sepak takraw (L)

* Bola jaring (W)

Sekali lagi, Desasiswa Tekun telah menghantar atlet-atlet yang cukup hebat dan berwibawa ke Kelantan dengan harapan akan dapat merangkul pingat di Kampus Kesihatan. Atlet-atlet Tekun tidak pernah mengecewakan. Mereka telah menunjukkan semangat kesukanan yang sangat tinggi dan bertanding dengan memberikan sepenuh jiwa raga mereka dalam acara yang dipertandingkan. Turut bertanding di Kampus Kesihatan ialah pemantun-pemantun hebat Desasiswa Tekun yang bertanding dalam Pantun Antara Desasiswa (PADU). Mereka juga telah memberikan sepenuh komitmen mereka dalam pertandingan tersebut. Berikut ialah keputusan atlet-atlet Tekun dalam acara yang dipertandingkan:

* SEPAK TAKRAW- PINGAT PERAK

* BOLA JARING - GANGSA

* BOLA BALING (L) - SUKU AKHIR

* FUTSAL (W)-SUKU AKHIR

* PADU – SUKU AKHIR

‘Pergi dengan harapan, Pulang dengan kejayaan’ ternyata, usaha yang dicurahkan berbaloi apabila atlet-atlet Tekun mampu untuk mara ke peringkat yang lebih tinggi berbanding SUKAD siding lepas. Sesungguhnya, seluruh warga Desasiswa Tekun sangat berbangga dengan atlet-atlet dan pemantun-pemantun Tekun yang mengaum di Kampus Kesihatan. Berikut ialah sedikit gambaran SUKAD fasa 2:

 

Seluruh warga Desasiswa Tekun mengucapkan jutaan tahniah kepada kesemua atlet serta pemantun Tekun yang berjaya atau tidak membawa pingat. ‘Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama’. Terima kasih daun keladi, sidang hadapan Tekun pasti menang lagi.

KETEKUNAN ASAS KEUNGGULAN.

SUKAD Sidang 2012/2013

Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan.
Sukan ialah aktiviti yang mengandungi latihan kemahiran berguna secara rekreasi, peraturan-peraturan tertentu dalam mengejar kecemerlangan.
Dan anda mempunyai bakat dalam acara-acara sukan?
Atau anda minat dalam sukan?
Atau anda hendak menyerlahkan bakat anda dalam sukan?
Segala persolaan anda akan terjawab dengan menyertai Pemilihan SUKAD (Sukan Antara Desasiswa) Desasiswa Tekun.
Inilah masanya untuk anda menjadi juara dan bintang Desasiswa Tekun. Harumkan nama anda dan nama Tekun.

 sukad12

Sukan Malam (SUKMA) 2012/2013

 sukanmalam12

Sukan ialah segala kegiatan yang memerlukan kemahiran atau ketangkasan serta tenaga yang
dilakukan sama ada sebagai acara pertandingan, hiburan atau untuk suka-suka bagi mengisi
masa lapang atau untuk beriadah. Mahasiswa sekarang memang tahan lasak. Mereka lebih
gemar menceburi sukan yang lasak dan mencabar. Oleh itu, sekiranya kelasakan mereka tidak
dijuruskan ke arah aktiviti yang berfaedah, maka mereka akan melibatkan diri dalam pelbagai
gejala negatif yang tidak menguntungkan sesiapa pun.

Majlis Penghuni Desasiswa Tekun (MPDT) sidang 2012/2013 telah mengambil inisiatif menganjurkan Sukan Malam (SUKMA) yang menawarkan sukan yang lasak iaitu futsal. SUKMA atas ilham pengarah projek iaitu
Saudara Hafiy Hazmi bin Harun dilangsungkan pada jumaat malam ini bertujuan untuk mengisi
masa lapang penghuni-penghuni Desasiswa Tekun dengan aktiviti yang berfaedah. Hal ini
sekaligus melahirkan bakat-bakat terpendam penghuni-penghuni Tekun dalam Futsal dan
memupuk mereka dengan sukan yang berfaedah untuk mengisi masa lapang mereka.

SUKMA yang sebenarnya telah berlangsung pada akhir semester 1 yang lalu sudah pun sampai
ke kemuncaknya. Pada 22 Februari 2013 yang lepas, telah berlangsungnya SUKMA yang
terakhir bagi menentukan juara keseluruhan. Sebanyak 10 pasukan telah berdaftar dan bertanding
dengan semangat juang yang tinggi yang dilangsungkan di padang futsal USM demi merebut
gelaran juara SUKMA kali ini.

Gelaran Juara bagi SUKMA kali ini telah berjaya dirangkul oleh Pasukan Hati 3 Suku Setengah
yang telah mengumpulkan 21 mata dalam 9 perlawanan yang dilangsungkan, Naib juara pula
milik Pasukan Edu Sala dan tempat ketiga dimiliki oeh Pasukan Sang Saka Bangsa. Juara, naib
juara dan tempat ketiga masing-masing telah menerima trofi SUKMA.

Dengan berakhirnya SUKMA pada sidang ini, diharapkan Desasiswa Tekun akan menjadi hub
sukan dan kilang atlet-atlet yang berwibawa pada masa hadapan dan diharapkan juga pada
sidang yang akan datang, SUKMA akan terus kekal dalam kalender aktiviti MPDT dan dapat
menjadi Desasiswa pertama yang dapat melahirkan banyak jaguh-jaguh dalam sukan seperti
futsal. Berikut ialah gambar-gambar menarik ketika aktiviti dilangsungkan :

KETEKUNAN ASAS KEUNGGULAN

 sukanmalam121

sukanmalam122

 

 

Lebih banyak artikel..