Temasya Olahraga Tahunan Ke 39

 

Temasya Olahraga Tahunan USM Ke-39

Temasya Olahraga Tahunan (TOT) Universiti Sains Malaysia ini merupakan acara tahunan yang terbesar di universiti. Temasya ini telah telah diadakan pertama kalinya pada tahun 1972 dan tahun ini merupakan sambutan yang ke-39. Acara ini telah mengambil tempat di Stadium USM pada 17, 18 dan 19 Mei yang lalu.
Temasya tahun ini telah dirasmikan oleh TYT Tun Dato’ Seri Utama Dr. Haji Abdul Rahman Bin Haji Abbas, Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang.  

Sekali lagi, Desasiswa Tekun telah mengambil tempat dalam temasya ini dengan menghantar atlet-atlet yang hebat untuk bersaing dalam Temasya kali ini. Ternyata, Desasiswa Tekun mempunyai “Magis” yang tersendiri. Bukan sahaja, atlet-atlet yang hebat, malah pasukan sorak, pasukan perbarisan serta sekretariat-sekretariat yang memberikan komitmen 110% dalam tugasan mereka bagi menjayakan Temasya kali ini. Tahun ini, Desasiswa Tekun telah mengekalkan momentum kecemerlangan dalam acara-acara yang disertai dengan merangkul pingat-pingat dalam acara yang dipertandingkan.

Desasiswa Tekun juga buat kali pertamanya dalam sejarah pada temasya kali ini dengan merangkul kemenangan berganda untuk hadiah Perbarisan terbaik, hadiah Khemah Terbaik, hadiah Maskot Cemerlang dan hadiah Pasukan Sorak Terbaik. Atas usaha gigih setiap atlet dan sekretariat, kemenangan ini menjadikan Desasiswa Tekun antara desasiswa yang cemerlang pada Temasya kali ini.  

Berikut ialah kedudukan pingat keseluruhan TOT Ke-39 yang dirangkul oleh atlet-atlet Desasiswa Tekun :

KONTINJEN

EMAS

PERAK

GANGSA

JUMLAH

 TEKUN

2

5

10

 

KETEKUNAN ASAS KEUNGGULAN

Berikut ialah sedikit gambaran ketika hari Temasya Olahraga Tahunan :