Kenduri Sekampung RST 2012/2013

 

Program Kenduri Sekampung merupakan projek mega yang dijalankan setiap tahun bersama oleh Desasiswa Tekun, Saujana dan Restu. Majlis ini dirangka khas untuk menyatupadukan ketiga- tiga desasiswa dalam satu projek mega dan memupuk semangat kerjasama dan ukhwah serta toleransi ketiga-tiga desasiswa. Majlis Penghuni Desasiswa Tekun serta Majlis Penghuni Desasiswa Restu dan Saujana telah sama-sama bersepakat untuk mengadakan Program Kenduri Sekampung bagi sidang 2012/2013. Pada sidang kali ini Desasiswa Tekun sekali lagi menjadi tuan rumah dengan kerjasama Desasiswa Restu dan Saujana berkonsepkan “Perkahwinan”. Sambutan ini juga merupakan wadah pemangkin antara kaum dan agama untuk saling-membantu antara satu sama lain.Program ini juga dapat memberi pendedahan awal mengenai prosedur perkahwinan kepada peserta yang ingin dan akan berumahtangga. Malah program ini dapat memberi panduan kepada peserta tentang cara menguruskan proses perkahwinan daripada permohonan pernikahan sehingga ke hari pernikahan. Ini dapat memberi persediaan awal kepada peserta untuk menghadapi alam perkahwinan kelak.

Program ini dilangsungkan pada 16 Mac 2013 yang lepas. Tetapi program ini telah bermula pada malam 15 Mac 2013 dengan berlangsungnya acara malam berinai untuk perempuan dan merewang. Acara yang dilangsungkan pada malam itu juga tidak kurang hebatnya, ramai yang hadir untuk memeriahkan acara pada malam itu.

Pada keesokan harinya iaitu 16 Mac 2013, program bermula pada jam 9.00 pagi dengan acara memasak bubur lambuk dan persiapan tempat untuk pameran konsep Perkahwinan yang menjadi tema kali ini. Aktiviti ini juga disertai Penggawa Desasiswa Tekun iaitu Dr. Nazarudin Zainun itu berlangsung dengan sangat meriah. Aktiviti memasak bubur lambuk telah diadakan di Blok M05 Tekun dan ramai yang hadir membantu dan memeriahkan aktiviti ini. Sebanyak 3 periuk besar bubur lambuk dimasak untuk diagihkan kepada para penghuni ketiga-tiga desasiswa. Untuk persiapan tempat pula, para peserta dan penghuni membantu menyiapkan booth booth pameran perkahwinan yang merangkumi perkahwinan kaum-kaum dan etnik utama di Malaysia.

 Kira-kira jam 8.00 bermulah acara kemuncak Program Kenduri Sekampung yang diadakan di Foyer Desasiswa Tekun. Pada malam itu juga, acara turut disertai Timbalan Naib Canselor HEP Universiti Sains Malaysia iaitu Professor Adnan Bin Hussein serta penggawa-penggawa, penolong penggawa, dan felo ketiga-tiga Desasiwa. Acara bermula dengan perarakan masuk Prof Adnan dan tetamu kehormat lain ke Foyer Desasiswa tekun. Para tetamu kehormat kemudiannya melawat pameran perkahwinan berkonsepkan 1 Malaysia. Kemudian acara terus dilangsungkan dengan ucapan tetamu kehormat. Pada malam itu juga, seorang penceramah khas telah dijemput iaitu Dr. Shaik Abdullah Hassan Mydin dari Pusat Pendidikan Jarak jauh yang memberikan ceramah bertajuk “Kahwin muda : Gembira atau derita?”. Program pada malam itui berlangsung dengan meriah sekali. Ramai penghuni hadir memberikan sokongan dan ingin mendengar ceramah yang disampaikan.

Pada jam 11.30 malam, program pada malam itu berakhir. Para penghuni diberikan bubur lambuk serta sedikit kuih-muih sebelum mereka beredar. Dengan berakhirnya program mega ini, diharapkan silaturahim antara Desasiswa Restu, Saujana, Tekun terus berkekalan dan menjadi bersaing secara sihat. Program yang diketuai oleh pengarah projek iaitu Saudara Hazman Bin Azizan ini berlangsung dengan jayanya . Diharapkan kerjasama dan ikatan silaturahim ini dapat dikekalkan pada masa akan datang seiring dengan visi dan misi Universiti Sains Malaysia.

Ketekunan Asas Keunggulan.

Berikut ialah sedikit gambaran ketika majlis berlangsung : 

 

Lawatan ke Rumah Orang Tua Darul Hanan

 darulhanan1

Yang tua dihormati, yang muda disayangi. Kita sebagai anak hendaklah menghormati orang yang lebih tua dari kita. Tapi, dengan kedatangan zaman milleneum  ini, acap kali kita lihat orang muda sudah tidak menghormati orang tua, nasib mereka begitu malang angkara anak-anak derhaka dan jahil yang tidak tahu mengenang budi dan jasa ibu bapa. Ibu bapa merupakan insan yang paling rapat dan dihormati dalam institusi keluarga. Mereka banyak berkorban dalam membesarkan dan memberi didikan kepada anak-anak. Mereka tidak pernah meminta atau mengharapkan balasan atau bayaran terhadap penat lelah, pengorbanan dan kasih sayang yang mereka berikan.

Continue Reading

Majlis Penyerahan Amanat SUKAD Desasiswa Tekun 2012/2013

 majlispenyerahanamanat

Pada 27 Februari 2013 yang lepas, Majlis Penghuni Desasiswa Tekun telah menganjurkan Majlis Penyerahan Amanat dan Bendera Tekun ke Sukad (Sukan Antara Desasiswa) 2012/2013 di Foyer Desasiswa Tekun. Acara yang bermula pada jam 9.00 malam itu bertujuan untuk menaikkan semangat dan motivasi para atlet Desasiswa Tekun ke Sukad sidang ini.

Continue Reading

Majlis Watikah Perlantikan MPDT Sidang 2012/2013

 

majliswatikah1

Tarikh keramat 3 Oktober 2012 menjadi penentu dan batu aras kepada para exco dan Majlis Tertinggi pimpinan Tekun. Secara rasminya 38 orang yang terpilih telah menjadi keluarga pimpinan Desasiswa Tekun. Mereka menerima watikah perlatikan mereka di Dewan Utama Desasiswa yang telah dihadiri oleh Penggawa Desasiwa Tekun Iaitu Dr Nazarudin Bin Zainun, Penolong Penggawa Dr Hasanah Binti Abd Khafidz dan Penolong Penggawa Puan Siti Hawa Binti Mat Junoh serta Felo Desasiswa Tekun Encik Helmi Samsuddin.

Continue Reading

Mini Temasya Olahraga Tahunan (TOT) 2012

Anda penghuni Tekun yang berbakat dalam olahraga dan acara balapan? Ataupun anda berminat dalam acara-acara ini? Disinilah tempatnya. Tunjukkan bakat anda. Serlahkan keunggulan anda. Ayuh beramai-ramai memeriahkannya.

minitot121