Program Pembimbing Siswa Lestari 2009-2010

Program Minggu Siswa Lestari 2009-2010 atau dahulu dikenali sebagai Program Minggu Orientasi Pelajar Baru akan diadakan pada 27 Jun 2009 sempena menyambut kedatangan pelajar baru bagi Sidang Akademik 2009-2010. Program ini sangat penting bagi memperkenalkan siswa yang baru sahaja menjejakkan kaki ke Universiti Sains Malaysia. Beberapa orang ahli Majlis Penghuni Desasiswa Tekun turut terlibat bagi menjayakan program ini.

Aluan YDP Desasiswa Tekun Sidang Akademik 2009/2010

                                                                                                                  

 

MOHAMAD HAFIZ B MUHAMMED MARZUKHI

YANG DI-PERTUA
 

DESASISWA TEKUN

MPDT 09/10 : ANJAKAN PARADIGMA YANG SETERUSNYA

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Sebagai permulaan, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pengurus laman web Desasiswa Tekun dan juga Exco-exco Teknologi dan Multimedia atas tenaga dan idea yang telah dicurahkan. Diharap dengan kewujudan laman ini, penghuni Desasiswa Tekun dapat merapatkan hubungan dengan Majlis Penghuni Desasiswa Tekun (MPDT) melalui penyampaian komen dan pendapat yang membina demi kecemerlangan kita semua.

Continue Reading

Majlis Penyerahan Mandat Majlis Penghuni Desasiswa Tekun

Majlis Penyerahan Mandat Majlis Penghuni Desasiswa Tekun (MPDT) sidang 2009/2010  telah diadakan pada 31 Ogos 2009 (Isnin) bertempat di Dewan Utama Desasiswa (DUD) Kompleks RST. Majlis ini telah dirasmikan oleh Dr Nazarudin Zainun selaku Penggawa Desasiswa Tekun. Majlis ini diadakan untuk melantik ahli jawatankuasa Majlis Penghuni Desasiswa Tekun secara rasmi.

Continue Reading