Kem Exco 2011/2012

Pada 29 Oktober yang lalu, Kem Exco MPDT telah diadakan dengan jayanya bertempat di Bilik Mesyuarat Tekun dan dirasmikan oleh Penggawa Desasiswa Tekun, Dr. Nazarudin Zainun. Objektif kem ini diadakan adalah bagi melatih para exco MPDT untuk lebih bersedia dan mengetahui perlaksanaan sistem organisasi MPDT dengan lebih cekap dan efisien

Continue Reading

Bengkel Kepimpinan Pembantu Exco 2011/2012

Bengkel Kepimpinan Pembantu Exco, 27 November 2011 adalah satu aktiviti yang dianjurkan oleh Majlis Penghuni Desasiswa Tekun.Program ini adalah program rasmi Desasiswa yang bertujuan untuk membina kecekapan, keyakinan dan pemantapan dalam diri setiap pembantu exco bagi menghadapi sebarang kerja dan tanggungjawab mereka.

Continue Reading

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Desasiswa Tekun 2011/2012

 

 Pada 27 November 2011, Majlis Tilawah Al Quran peringkat desasiswa Tekun dijalankan khusus kepada mahasiswa dan mahasiswi bertujuanuntuk mencungkil bakat baru mahupun lama yang akan mewakili desasiswa Tekun dalam Majlis Tilawah Al Quran. 

Selepas sesi pemilihan qari dan qariah, enam kali sesi latihan akan diadakan untuk memantapkan lagi kemahiran dalam membaca Al Quran.

Seramai 6 orang peserta yang di antaranya terdiri daripada 2 orang peserta lelaki dan 4 lagi peserta perempuan.

Objektif majlis tilawah ini diadakan adalah bertujuan untuk

1.1 Membina keyakinan diri para pelajar universiti dalam menyampaikan bacaan Al Quran.

1.2 Meningkatkan nilai-nilai murni dan rasa keinsafan dalam diri para pelajar universiti supaya berpegang pada ajaran  Al-Quran.

1.3 Memantapkan pembacaan ayat suci Al Quran dari setiap aspek seperti taranum, tajwid, fasahah dan suara.

1.4 Melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang berkualiti bukan sahaja dalam bidang akademik malah cemerlang dalam  ko-kurikulum.

Majlis Tilawah Al-Quran peringkat desasiswa Tekun pada kali ini diharapkan mendapat kerjasama daripada semua pihak sekaligus dapat berlangsung dengan jayanya. Peserta yang terpilih untuk mewakili desasiswa Tekun diharapkan dapat bertanding dengan bersungguh-sungguh demi mengharumkan nama desasiswa Tekun. Jawatankuasa pelaksana program juga mengharapkan agar majlis ini dapat mencapai objektif dan matlamat demi melahirkan generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang. 

 

 

Pertandingan Futsal Piala Penggawa Desasiswa Tekun 2011/2012

“KESUKANAN TERAS KECEMERLANGAN” merupakan tema bagi program Pertandingan Futsal Piala Penggawa Desasiswa Tekun pada sidang

 kali ini.
Pada 27 November 2011, bertempat di Gelanggang Futsal USM, Pertandingan Futsal Piala Penggawa Desasiswa Tekun adalah 
merupakan satu program tahunan Desasiwa Tekun yang kali ketiga diadakan pada tahun ini. 
Pertandingan ini terbuka hanya kepada penghuni-penghuni Desasiswa Tekun sahaja untuk merebut Piala Pusingan  Penggawa Desasiswa Tekun. 
Ini merupakan satu platform terbaik untuk Desasiswa Tekun mencungkil bakat-bakat baru bagi  mewakili Desasiswa Tekun dalam
kejohonan futsal pada SUKAD kelak.
OBJEKTIF
• Mencari bakat-bakat baru untuk mewakili Tekun dalam SUKAD
• Memberi peluang penghuni Desasiswa Tekun bersukan 
• Mengeratkan silaturahim antara semua penghuni Tekun
• Menghidupkan suasana bekerjasama dan bertolak ansur antara penghuni Tekun
TEMA
“Kesukanan Teras Kecemerlangan”
Program piala penggawa dapat menyatukan penghuni-penghuni tekun selain dapat menghidupkan suasana daya saing yang sihat 
diantara penghuni. Aktiviti seumpana ini dapat memenuhi masa lapang para penghuni dihujung minggu. Juara yang dihasilkan 
dalam program piala penggawa ini dapat dilatih dan digilap untuk mewakili tekun dalam acara-acara sukan yang lebih besar di Universiti Sains Malaysia. 
Maka akan terhasilkan seorang pelajar yang bukan sahaja aktif dalam pembelajaran malah dalam bidang sukannya.

SUKAD Fasa 1

2 hingga 4 Disember 2011 dan 9 hingga 11 Disember 2011,Desasiswa Tekun dengan kerjasama Majlis penghuni Desasiswa Tekun(MPDT) 

sidang 2011/2012 akan menyertai projek sukan antara

desasiswa atau dikenali sebagai SUKAD fasa 1.

Walaupun temasya ini adalah diadakan pada julung-julung kalinya Desasiswa Tekun

tidak pernah mengeluh atau tidak sama kali mengaku kalah malah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan.

Tujuan Sukad fasa 1 diadakan adalah bertujuan untuk

2.1 Mengilap dan mencungkil bakat atlit penghuni Desasiswa Tekun dalam acara sukan.

2.2  Melahirkan atlet yang mampu mewakili universiti dan seterusnya mewakili Negara.

2.3 Menerapkan sikap bekerjasama dalam kumpulan di samping merapatkan hubungan silatulrahim antara penghuni dan penghuni desasiswa lain.

Berikut merupakan senarai aktiviti sukad fasa 1 minggu pertama dan kedua.

FASA 1,MINGGU PERTAMA- 2 HINGGA 4 DISEMBER 2011( KAMPUS INDUK)

FASA 1,MINGGU KEDUA- 9 HINGGA 11 DISEMBER 2011(KAMPUS KEJURUTERAAN)

PIhak-pihak yang terlibat dalam aktiviti ini adalah seperti berikut

4.1 Penggawa,penolong penggawa dan pihak pengurusan desasiswa Tekun.

4.2 YDP,NYDP serta Majlis Tertinggi dan Exco-Exco MPDT.

4.3 Semua penghuni desasiswa Tekun.

Bertempat di kampus induk USM dan Kompleks Sunshine,acara-acara yang diadakan bagi minggu pertama ialah: 

1.BOLA SEPAK

2.SKUASY (L/W)

3.TENPIN BOLING (L/W)

4.BOLA TAMPAR (W)

5.MEMANAH (L/W) 

6.HOKI 9 SEBELAH (W)

7.SOFTBALL(L)

8.RENANG(L)

9.BOLA KERANJANG(L)

Bertempat di Kampus Kejuruteraan USM, acara-acara yang dipertandingkan bagi minggu kedua adalah seperti berikut : 

1.PING PONG (L/W)

2.SENAMROBIK (L/W)

3.SEPAK TAKRAW

Diharapkan atlit penghuni Desasiswa Tekun dapat mencapai pencapaian yang terbaik berbanding tahun lepas. Diharapkan juga kerjasama pihak pengurusan dan jawatankuasa yang diberi kuasa dapat melicinkan perjalanan sepanjang kejohanan ini berlangsung dengan baik dan saksama.

Kerjasama daripada semua pihak amat dihargai dan didahulukan dengan ribuan terima kasih.