SHADES OF UNITY & LOVE (SOUL)

 

HEBAHAN JEMPUTAN

TERBUKA KEPADA SEMUA STAF DAN SISWA UNIVERSITI UNTUK MENYERTAI

SESI PROGRAM (SHADES OF UNITY & LOVE)

SECARA HIBRID - FIZIKAL DAN DALAM TALIAN

ANJURAN BERSAMA

DESASISWA TEKUN, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA DAN UNIVERSITAS SWADAYA GUNUNG JATI

 

soul logo

soulugj

_____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

SESI PERTAMA: PODCAST SHADES OF UNITY AND LOVE: THE CULTURAL LENS BERSAMA JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA (JKKN) PULAU PINANG

Tema: “Budaya Seni Tempatan, Warisan Dihayati, Identiti Dirai”

Tarikh/ Hari:

9 FEBRUARI 2026 (ISNIN)

Masa:

8:00 MALAM – 9:00 MALAM

Lokasi:

https://www.youtube.com/watch?v=7-gtc3GV8Cs&t=3565s

SESI KEDUA: SOUL USM UGJ POSTGRADUATE KNOWLEDGE SHARING

Tema: “Menyemai Budaya Penyelidikan, Menjana Impak kepada Masyarakat”

Tarikh/ Hari:

14 FEBRUARI 2026 (SABTU)

Masa:

7:00 MALAM - 8:30 MALAM

Lokasi:

 INSTAGRAM MPDT

SESI KETIGA: SOUL USM-UGJ LECTURER S1 KNOWLEDGE SHARING

Tema: "Budaya Kerja Cemerlang, Membina Integriti Prestasi"

Tarikh/ Hari:

15 FEBRUARI 2026

Masa:

9:00 MALAM – 10:00 MALAM

Lokasi:

 INSTAGRAM MPDT

SESI KEEMPAT: SOUL: CULTURAL LENS USM UGJ VISITING LECTURER TALK & CLOSING CEREMONY 2026

Tema: "Budaya Pertukaran Kepakaran Direntas, Jaringan Diperkukuh"

Tarikh/ Hari:

16 FEBRUARI 2026

Masa:

10:00 PAGI - 4:00 PETANG

Lokasi:

  INSTAGRAM MPDT

 

 

 

SENARAI PROJEK MAJLIS PENGHUNI DESASISWA TEKUN 2025/2026

 

NAMA PROJEK TARIKH 
WATIKAH PELANTIKAN MPDT  17/12/2025
MPDT BONDING 10/1/2026
BENGKEL PEMANTAPAN ORGANISASI 11/1/2026
SUKAN ANTARA DESASISWA (SUKAD) FASA 1 16/1/2026 - 18/1/2026
SOUL 14/2/2026 - 17/2/2026
FMQ 4/4/2026 - 5/4/2026
KEM MPDT 10/4/2026 - 12/4/2026
PROGRAM INK 22/4/2026
DPNC
24/4/2026 - 26/4/2026
SANTUN
CKS: ODYSSEY OF CARE 8/5/2026 - 10/5/2026
MALAM MAHABBAH 19/4/2026
SUKAN ANTARA DESASISWA (SUKAD) FASA 2 15/5/2026 - 17/5/2026
STL PERTENGAHAN JUN
TEMASYA OLAHRAGA TAHUNAN 5/6/2026 - 7/6/2026
PROGRAM INK FASA 2 15-21/6/2026
FIFA WATCH PARTY 10/7/2026 - 20/7/2026
SUKRES BONDING  JANUARI
SOUL PHASE 2 OGOS
DINNER  OGOS

SENARAI PROJEK MAJLIS PENGHUNI DESASISWA TEKUN 2024/2025

SENARAI PROJEK MAJLIS PENGHUNI DESASISWA TEKUN 2024/2025
 
   
NAMA PROJEK CADANGAN TARIKH (Ikut Susunan)
SUKAN ANTARA DESASISWA (SUKAD) FASA 1 17-19 Januari 2025
HELPING EVERYONE AND REACH OUT ( HEAR OUT) International Inbound Mobility: Sinergi Kelestarian Tiga Universiti (SKTU) Fasa 1 25-28 Februari 2025
JELAJAH UNIVERSITI, RAI ASPIRASI 26 Februari 2025
SPREAD THE LOVE: NO ONE LEFT BEHIND April - Jun
FESTIVAL MUSABAQAH AL-QURAN (FMQ) 18-20 April 2025
SUKAN ANTARA DESASISWA (SUKAD) FASA 2 18-20 April 2025
RISE4EARTH 6 April - 4 Mei
PROGRAM BERSAMA VETERINAR 12 April 2025
DEBAT PIALA NAIB CANSELOR (DPNC) 9-11 Mei 2025
SUKAN ANTARA DESASISWA (SUKAD) FASA 3 9-11 Mei 2025
SAYEMBARA WARISAN PANTUN (SANTUN) 23-25 Mei 2025
CIPTA KARSA SISWA 31/5 - 2/6 2025
SAFE OUR SMILES 15/6 - 16/6 2025
TEMASYA OLAHRAGA TAHUNAN 20-22 Jun 2025
International Outbound Mobility: Sinergi Kelestarian Tiga Universiti (SKTU) Fasa 2
Ogos 2025

HELPING EVERYONE AND REACH OUT (HEAR OUT): MEMUPUK SEMANGAT KESUKARELAWANAN DAN KERJASAMA ANTARABANGSA

 
HELPING EVERYONE AND REACH OUT (HEAR OUT): MEMUPUK SEMANGAT KESUKARELAWANAN DAN KERJASAMA ANTARABANGSA
 
USM, PULAU PINANG, 4 Mac 2025 – Program Helping Everyone And Reach Out (HEAR OUT) anjuran Majlis Penghuni Desasiswa Tekun (MPDT) yang berjalan bermula 18 hingga 28 Februari 2025 lalu telah melabuhkan tirainya dengan penuh kejayaan.
Program ini merupakan inisiatif kolaboratif antara Universitas Muhammadiyah Yogyakarta (UMY) dan universiti di Malaysia, termasuk Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Sains Malaysia (USM).
 
HEAR OUT dibahagikan kepada dua fasa utama, dengan Fasa 1 berlangsung pada 18 hingga 28 Februari 2025. Dalam fasa ini, delegasi UMY telah melawat UUM selama 6 hari sebelum meneruskan perjalanan ke USM bagi 4 hari terakhir. Manakala, Fasa 2 akan diadakan pada Ogos 2025 di Indonesia, di mana peserta akan menyertai Kuliah Kerja Nyata (KKN), satu program kesukarelawanan yang memberi fokus kepada pembangunan komuniti.
Di USM, program ini diisi dengan pelbagai aktiviti yang memberikan pengalaman bermakna kepada peserta. Antara pengisian utama ialah sesi diskusi bersama alumni dan Dekan Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh(PPPJJ) mengenai keusahawanan siswa, lawatan akademik ke Muzium & Galeri Tuanku Fauziah (MGTF), serta Georgetown Heritage Tour yang membawa peserta meneroka sejarah dan budaya Pulau Pinang.
 
Selain itu, program ini turut menekankan aspek kesukarelawanan dan keprihatinan sosial melalui lawatan dan aktiviti di Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK). Peserta berpeluang berinteraksi dengan komuniti istimewa ini, memahami cabaran yang mereka hadapi, serta menyumbang tenaga dalam aktiviti yang membantu pemulihan dan perkembangan mereka. Aktiviti seperti ini bukan sahaja memberikan pengalaman bermakna kepada peserta, tetapi juga memupuk nilai empati dan kesedaran sosial dalam kalangan mahasiswa.
Sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) ke-4, iaitu Pendidikan Berkualiti, HEAR OUT membuka ruang kepada peserta untuk menimba ilmu di luar bilik kuliah, memperkasakan keusahawanan mahasiswa, serta membina kefahaman terhadap kepelbagaian budaya dan cabaran sosial. Selain itu, program ini turut menyokong SDG ke-17, Perkongsian Untuk Mencapai Matlamat, dengan memperkukuh hubungan akademik dan kemasyarakatan antara Malaysia dan Indonesia.
 
Pengarah projek, saudara Sharvin A/L Kumaran, menyatakan bahawa HEAR OUT bukan sekadar program pertukaran pelajar, tetapi satu platform untuk membina jalinan persahabatan, berkongsi ilmu, dan mencetuskan inspirasi untuk terus berbakti kepada masyarakat.
 
“Program ini membuka mata kita semua bahawa ilmu tidak hanya diperoleh di dalam bilik kuliah, tetapi juga melalui pengalaman lapangan dan interaksi dengan pelbagai lapisan masyarakat. Kami berharap HEAR OUT menjadi titik permulaan kepada lebih banyak kerjasama antara mahasiswa Malaysia dan Indonesia pada masa hadapan,” katanya.
Dengan berakhirnya Fasa 1 di USM, para peserta kini menantikan Fasa 2 di Indonesia pada Ogos nanti, di mana mereka akan menyumbang tenaga dalam program pembangunan komuniti yang lebih meluas. Semoga HEAR OUT terus menjadi pemangkin kepada generasi mahasiswa yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, tetapi juga berjiwa besar dalam memberi manfaat kepada masyarakat.
 
Teks : Sharvin A/L Kumaran, Pelajar tahun 1, Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan
Foto : Sekretariat Helping Everyone and Reach Out (HEAR OUT)
 
 
hearout sdg
hearout sdg 2

KEM PEMBANGUNAN KEPIMPINAN MPDT 2025

KEM PEMBANGUNAN KEPIMPINAN MAJLIS PENGHUNI DESASISWA TEKUN 2025

Inisiatif Majlis Penghuni Desasiswa Tekun ini bertujuan untuk meningkatkan kualiti kepimpinan, mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan ahli exco, meningkatkan semangat, membina hubungan saling percaya dan membangkitkan keyakinan melalui aktiviti perkhemahan🏕️

Tahniah diucapkan kepada semua exco yang terlibat dalam perkhemahan ini👏🏻✨

#PumpItUpTekun
#TekunUSM
#MpdtIgnite
#TekunMPDT2425

kem 1

 

TONTON URL: https://www.instagram.com/p/DGcS-NVTjYg/?utm_source=ig_web_copy_link&igsh=MzRlODBiNWFlZA==