Kempen Penjimatan Elektrik Desasiswa RST

Berdasarkan arahan Pejabat Naib Canselor USM
Ruj. Kami: USM.PNC.100.078.Jilid.1
Tarikh: 21 Ogos 2019/20 Zulhijjah 1440H
...sebagai langkah penjimatan dan mengoptimumkan penggunaan tenaga di seluruh kampus USM, pihak Universiti menyarankan agar setiap Pusat Tanggungjawab (PTJ) mengambil tindakan berikut:-
i) Memastikan semua alatan elektrik (Contoh: komputer, mesin fotokopi, penghawa dingin, alatan makmal dan sebagainya) yang tidak digunakan atau beroperasi dipadamkan semasa waktu bekerja/luar waktu.
ii) Memastikan semua sistem penghawa dingin dan lampu pejabat dipadamkan ketika waktu rehat (1.00 - 00 petang).
iii) Melewatkan 1/2 jam ON sistem penghawa dingin dan mempercepatkan 10 minit OFF sebelum waktu bekerja tamat.
iv) Mengoptimumkan inisiatif Off Peak Tariff Rider (OPTR) terutamanya pada tempoh luar waktu puncak (10.00 malam- 8.00 pagi).
v) Memastikan semua makmal dikawal penggunaan terutama untuk pelajar ljazah Tinggi dan makmal yang minimal penggunaannya perlu mendapat kelulusan penyelia bagi mengelak pembaziran.
vi) Mengawal sepenuhnya penggunaan lampu stadium (Hoki & Bola) mengikut keperluan penggunaan (Contoh.: latihan, pertandingan, siaran langsung dan sebagainya).
vii)Memadamkan suis elektrik lampu dan penghawa dingin yang terpasang secara membazir atau membuat laporan kepada Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Aset sekiranya melihat pembaziran berlaku.
(PROFESSOR DATO' DR. ASMA ISMAIL, FASc)
Naib Canselor Universiti Sains Malaysia