NOTIS PELAJAR BAHARU DAN PENGHUNI LAMA

SOALAN LAZIM (FAQ) PENDAFTARAN PELAJAR KE DESASISWA USM KAMPUS INDUK

  1. Bagaimanakah cara pelajar baharu mendaftar masuk ke desasiswa?
    • Pelajar perlu hadir ke kaunter pendaftaran desasiswa yang ditetapkan dengan membawa surat tawaran kemasukan, kad pengenalan/MyKad, serta dokumen lain yang dinyatakan dalam surat makluman.​
  2. Adakah waris atau penjaga dibenarkan menemani pelajar semasa pendaftaran?​
    • Ya, waris/penjaga dibenarkan hadir sehingga proses pendaftaran selesai, tetapi selepas pukul 5 petang hanya pelajar dibenarkan berada di kawasan bilik.​
  3. Apakah dokumen yang perlu dibawa semasa pendaftaran?
    • Surat tawaran kemasukan ke USM
    • Kad pengenalan/MyKad/pasport
  4. Bagaimanakah sekiranya pelajar tidak dapat hadir pada tarikh pendaftaran yang ditetapkan?
    • Pelajar perlu memaklumkan lebih awal kepada pihak desasiswa melalui e-mel/telefon rasmi dan boleh mendaftar lewat mengikut tarikh alternatif yang disahkan.
  5. Adakah semua pelajar baharu akan mendapat bilik di desasiswa?
    • Keutamaan diberikan kepada pelajar baharu Tahun 1. Walau bagaimanapun, pengagihan bilik adalah tertakluk kepada kapasiti dan dasar penginapan universiti.
  6. Bolehkah pelajar memilih bilik atau rakan sebilik sendiri?
    • Tidak. Penempatan bilik ditentukan oleh pihak pengurusan desasiswa berdasarkan blok, jantina, dan kapasiti.
  7. Apakah peralatan asas yang disediakan di dalam bilik desasiswa?  
    • Setiap bilik biasanya dilengkapi dengan katil, tilam, almari, meja belajar dan kerusi.
    • Pelajar perlu membawa sendiri keperluan peribadi seperti cadar, bantal, kunci mangga dan barang keperluan harian.
  8. Bagaimana jika pelajar mengalami masalah teknikal semasa daftar masuk (contoh: nama tiada dalam senarai)?
    • Pelajar perlu merujuk segera ke kaunter pejabat desasiswa atau meja bantuan pendaftaran untuk pengesahan maklumat dan tindakan susulan. 
  9. Adakah kenderaan pelajar dibenarkan masuk ke kawasan desasiswa semasa pendaftaran?
    • Ya, tetapi hanya untuk tujuan menurunkan barang.
    • Kenderaan tidak dibenarkan parkir lama di kawasan desasiswa dan perlu dipindahkan ke parkir pelajar yang disediakan.
  10. Siapakah yang boleh dihubungi jika ada pertanyaan lanjut tentang pendaftaran?

LALUAN PENDAFTARAN DAN DROP POINT M05 DAN M06 DESASISWA TEKUN

map tekun peta