Bengkel Kepimpinan Pembantu Exco 2011/2012

Bengkel Kepimpinan Pembantu Exco, 27 November 2011 adalah satu aktiviti yang dianjurkan oleh Majlis Penghuni Desasiswa Tekun.Program ini adalah program rasmi Desasiswa yang bertujuan untuk membina kecekapan, keyakinan dan pemantapan dalam diri setiap pembantu exco bagi menghadapi sebarang kerja dan tanggungjawab mereka.

 Di samping itu, ia juga bertujuan untuk memberi pendedahan tentang tugas-tugas yang akan dijalankan oleh setiap portfolio. Selain itu, ia dapat merapatkan hubungan antara pembantu exco agar mudah untuk bekerjasama. Program ini memberi latihan, persediaan dan perancangan terhadap tugas-tugas yang akan dilakukan setiap pembantu exco dalam portfolio dan seterusnya dapat memikul tanggungjawab untuk menjadi pelapis barisan exco pada sidang ini.

Objektif bengkel kepimpinan Pembantu Exco ini di antaranya adalah untuk :

2.1 Menerapkan nilai-nilai murni, ciri-ciri kepimpinan dan pemupukan semangat berpasukan dalam kalangan Pembantu Exco Majlis Penghuni Desasiswa Tekun
2.2 Menggilap kemahiran dalam pengurusan diri, kepimpinan dan organisasi.
2.3 Memberi pemantapan personaliti kepada semua pembantu exco Majlis Penghuni Desasiswa Tekun
2.4 Membentuk dan menyediakan diri untuk menjadi pelapis barisan exco sidang ini.
2.5 Memberi kesedaran kepada pembantu exco betapa pentingnya sikap berkerjasama dan bersatu padu dalam sesebuah organisasi bagi melancarkan sesuatu aktiviti.